Pertelingkahan kumpulan kongsi gelap punca insiden tembak

Pertelingkahan kumpulan kongsi gelap punca insiden tembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pertelingkahan antara kumpulan kongsi gelap berkemungkinan menjadi punca kejadian tembak-menembak di Jalan Rasah di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kejadian yang menyebabkan kematian seorang lelaki itu juga adalah bermotifkan membalas dendam.

Katanya, pihak polis kini sedang mengesan beberapa orang lagi suspek selepas tiga lelaki tempatan berjaya ditahan kelmarin.

Polis juga berjaya merampas sepucuk pistol bersama beberapa butir peluru.

“Motif kejadian yang kita percaya setakat ini adalah disebabkan balas dendam dan melibatkan kumpulan kongsi gelap.

“Usaha sedang dipergiatkan bagi mengesan semua suspek yang terlibat dan mengumpul bukti bagi membolehkan mereka dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program FRU 70th Fit Run 2025 di Pangkalan Unit 7 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Seremban di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Alzafny berkata, belum ada sebarang tangkapan dibuat susulan kejadian seorang lelaki cedera selepas ditembak ketika mencari petai di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling, Kuala Pilah, semalam.

Alzafny berkata, mangsa telah terkena tembakan menggunakan peluru penabur daripada senapang patah (shotgun).

“Mangsa kini berada dalam keadaan stabil. Kecederaan dialami melibatkan bahagian badan dan leher akibat terkena butiran peluru penabur daripada senapang patah.

“Tiada sebarang tangkapan dibuat, namun polis telah hadir ke lokasi kejadian dan mengumpul beberapa bukti bagi membantu siasatan,” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN