LANGKAWI: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebarang tuntutan termasuk untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak boleh meminggirkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Perdana Menteri berkata, mana-mana tuntutan itu tidak boleh dibincangkan secara terpisah daripada kerangka Perlembagaan Persekutuan dan asas Bahasa Kebangsaan. “Saya tak peduli siapa, parti mana, pengaruh mana. Kalau saya mahu didukung sebagai Perdana Menteri, saya mesti pertahankan prinsip Perlembagaan. Apa yang berbeza, perbezaannya ialah tuntutan…










