Penyelidik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya membangunkan kaedah menghasilkan grafit sintetik menggunakan pelepah sawit (OPF) dan tempurung kelapa sawit (PKS) yang memberi tumpuan kepada proses penukaran sisa biojisim pada suhu lebih rendah tanpa penggunaan bahan kimia berbahaya. Penemuan yang pertama di Malaysia ini dijangka bakal melonjakkan pertumbuhan industri Pertumbuhan Tinggi Nilai Tinggi (HGHV) dan sektor strategik berimpak tinggi. Permintaan global terhadap grafit semula jadi semakin meningkat berikutan pertambahan…










