PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menyamun seorang pemandu teksi menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di Lebuh Raya Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam. Penahanan suspek berusia 44 tahun itu dibuat sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di Jalan Lebuhraya KL-Seremban. Ketua Polis Daerah (KPD) Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, kejadian berlaku pada pukul 7.30 malam pada 13 Disember lalu selepas…










