Penonton malam ini berpeluang menang gitar, set dram - Utusan Malaysia

Penonton malam ini berpeluang menang gitar, set dram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat peminat untuk menyaksikan lagu-lagu Exists yang jarang dipentaskan, dinyanyikan secara live, bakal terlaksana menerusi konsert Exists Premium Live @ PJ malam ini.

Menurut Musa, lagu-lagu tersebut, yang pernah berkumandang di corong radio, bakal dipersembahkan dengan susunan asal, selain beberapa lagi dengan susunan baharu.

“Ramai peminat yang beberapa kali membuat permintaan agar kami persembahkan lagu yang jarang kami bawakan seperti Menantikan Saat Termampu, Kau Lebih Dari Kejora, Kembalikan Hatinya dan banyak lagi. 

“Mengikut perancangan, mungkin kami bawakan lebih 22 lagu, termasuk lagu-lagu hits yang sering kami bawakan dalam persembahan kami yang terdahulu. Sebelum ini kami tak berpeluang sebab masa terhad, tapi kali ini kami tunaikan.

“Kami juga ambil maklum cadangan peminat yang mahukan lirik dipertontonkan di skrin besar untuk membolehkan mereka menyanyi bersama sewaktu persembahan berlangsung nanti,” katanya selaku pemain bass dan keyboard.

Exists ditemui sewaktu sesi bersama media di Durian King TTDI, baru-baru ini.

Tambah Musa, Exists juga ingin mengajak peminat mengimbau nostalgia menerusi lagu-lagu yang pernah dirakamkan ketika Ezad Lazim menggantikan Mamat selaku vokalis kumpulan tersebut.

“Keutamaan kami malam ini adalah lagu-lagu yang kami rakamkan ketika Mamat menyertai Exists. Ini adalah permintaan peminat. 

Tapi dalam masa yang sama, kami bawakan juga beberapa lagu popular Exist ketika zaman bersama Mamat,” ujarnya.

Peminat yang hadir malam ini juga berpeluang membawa pulang hadiah eksklusif pemberian Exist.

“Antaranya gitar peribadi milik Along yang berharga hampir RM5,000 selain set dram pemberian Ujang,” kongsinya lagi.

Exists Premium Live @ PJ akan dipentaskan bermula 8.30 malam di JioSpace, Petaling Jaya. Pembelian tiket dibuat menerusi JioTix – EXISTS Premium Live @PJ

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN