Pengurniaan bot Sultan Ibrahim tingkat kesiapsiagaan banjir

Pengurniaan bot Sultan Ibrahim tingkat kesiapsiagaan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas pengurniaan bot bagi tujuan operasi menyelamat mangsa banjir.

Perdana Menteri berkata, kurniaan ini menunjukkan keprihatinan tinggi Baginda terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat khususnya mereka yang terjejas akibat banjir.

“Bagi pihak Kerajaan Madani, saya merafak setinggi-tinggi penghargaan atas dukungan ini yang akan memperkukuh kesiapsiagaan negara dan melancarkan gerak kerja penyelamatan bersama agensi-agensi di lapangan sekiranya berlaku gelombang kedua musibah banjir nanti,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Anwar, kerjasama erat semua pihak dapat meningkatkan usaha membantu mangsa banjir, keselamatan rakyat terus terpelihara dan bencana dihadapi negara dapat ditangani dengan lebih cekap dan berkesan.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan dua bot udara (air boat) berkuasa tinggi milik Baginda sebagai antara aset operasi menyelamat ketika berlakunya musibah banjir.

Perkenan itu dizahirkan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa ini, selain sebagai persediaan agensi keselamatan untuk melaksanakan misi menyelamat jika berlaku gelombang kedua banjir.

Dua bot udara yang kini ditempatkan di Istana Negara itu dilihat mampu meningkatkan kecekapan operasi, di samping mempercepatkan penghantaran bantuan kecemasan kepada mangsa. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×