PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas pengurniaan bot bagi tujuan operasi menyelamat mangsa banjir. Perdana Menteri berkata, kurniaan ini menunjukkan keprihatinan tinggi Baginda terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat khususnya mereka yang terjejas akibat banjir. “Bagi pihak Kerajaan Madani, saya merafak setinggi-tinggi penghargaan atas dukungan ini yang akan memperkukuh kesiapsiagaan negara dan melancarkan gerak kerja penyelamatan bersama agensi-agensi di lapangan sekiranya berlaku…










