GEORGE TOWN: Langkah untuk tidak lagi membenarkan pengurusan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengenakan yuran tambahan dapat meringankan beban ibu bapa memandangkan perbelanjaan untuk memasuki institusi tersebut juga agak tinggi. Pengerusi Keilmuan Nasional Pulau Pinang, Azdy Mohd Arshad berkata, selain itu, langkah tersebut juga penting bagi meringankan beban ibu bapa terutama golongan berpendapatan rendah dalam menanggung perbelanjaan bulanan serta pelbagai aktiviti lain yang dianjurkan oleh pihak MRSM. “Saya melihat pengecualian…










