Pengarah syarikat rugi RM300,000 ditipu tender bekal generator

Pengarah syarikat rugi RM300,000 ditipu tender bekal generator

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang pengarah syarikat kerugian lebih RM300,000 selepas ditipu oleh dua lelaki menyamar sebagai pegawai agensi kerajaan bagi menawarkan tender pembekalan 80 unit generator yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Norhisham Mustapar berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 5.40 petang, 3 Disember lalu daripada mangsa yang berusia 45 tahun.

Katanya, kejadian bermula pada 6 November lalu ketika mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan sebuah agensi kerajaan negeri.

“Suspek pertama menawarkan tender pembekalan genset serta mengarahkan mangsa membeli peralatan itu melalui sebuah syarikat pembekal yang dicadangkan.

“Mangsa kemudian berurusan dengan suspek kedua yang mendakwa dirinya pemilik syarikat berkenaan dan bersetuju membeli 80 buah unit genset untuk dibekalkan kepada agensi kerajaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhisham berkata, berdasarkan arahan suspek kedua, mangsa telah membuat transaksi pembayaran secara berperingkat dari 12 November sehingga 3 Disember berjumlah RM328,750 ke akaun bank yang diberikan oleh suspek.

“Selepas pembayaran selesai, suspek kedua memaklumkan semua genset telah dihantar secara berperingkat ke agensi kerajaan terbabit antara 12 sehingga 28 November.

“Namun, semakan mangsa di agensi berkenaan pada 3 Disember lalu mendapati, tiada sebarang genset diterima serta tiada tender pernah ditawarkan. Kedua-kedua suspek turut gagal dihubungi,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×