KANGAR: Banjir besar di negeri ini menyebabkan banyak infrastruktur musnah termasuk jalan-jalan di Wang Kelian yang memerlukan kos sehingga RM15 juta untuk kerja-kerja baik pulih. Menerusi penilaian Jabatan Kerja Raya (JKR), dianggarkan kos sebanyak RM10 juta diperlukan bagi kerja-kerja pembaikan laluan manakala RM5 juta lagi untuk pemulihan jalan keselamatan dan pembangunan (Kesban) sekitar kawasan berkenaan. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Rusdi Yahya berkata, kos itu tidak merangkumi jalan atau laluan…










