Peminat bawa ibu depan rumah ajak Afgan kahwin

Peminat bawa ibu depan rumah ajak Afgan kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyanyi dan pelakon, Afgansyah Reza mendedahkan pernah menerima lamaran daripada seorang gadis tidak dikenali pada awal kemunculannya dalam industri seni.

Menurut Afgan, kejadian itu berlaku apabila gadis berkenaan, yang bekerja sebagai doktor, hadir ke kediaman keluarganya bersama ibu wanita tersebut.

“Ibu kepada gadis itu memperkenalkan anaknya yang merupakan doktor gigi. Katanya, ‘anak saya sudah lama meminati anda, tujuan kami datang adalah untuk melamar anda. Mahu jadi menantu saya? Nikah dengan anak saya’,” ujar Afgan menerusi program audio siar bersama Raditya Dika yang kini tular.

Penyanyi Jodoh Pasti Bertemu itu berkata, beliau terkedu mendengar permintaan berkenaan, sementara anak gadis wanita itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.

“Anaknya diam sahaja. Saya bingung bagaimana ibu itu boleh berfikir semuanya boleh berlaku dengan begitu mudah,” katanya.

Bagaimanapun, Afgan menolak lamaran berkenaan secara baik, bukan kerana rupa paras atau pekerjaan gadis tersebut, tetapi kerana mereka tidak saling mengenali.

Tambah Afgan, pada waktu itu beliau juga belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN