KUALA TERENGGANU: Walaupun memiliki diploma dalam jurusan perakaunan, seorang gadis dari Kampung Tok Rimau, dekat sini tidak kekok membantu bapanya ‘mengait’ daun pisang sebagai sumber pendapatan. Azwani Sulong, 26, menghabiskan masa kira-kira dua jam sehari bersama bapanya, Sulong Mamat, 70, untuk mengait, meraut dan mengikat daun pisang sebelum dihantar kepada pelanggan. Dalam tempoh dua jam itu, mereka mampu memperoleh pendapatan antara RM100 hingga RM120 dengan menjual enam pelepah daun pisang…










