KUALA LUMPUR: Pembebasan mana-mana individu yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) bukan disebabkan pengguguran kes, kekurangan bukti atau keputusan pentadbiran mana-mana agensi. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pembebasan mereka yang ditahan melalui Op Global itu berikutan telah selesai menjalani hukuman penjara ditetapkan mahkamah. “Saya ingin menegaskan bahawa pembebasan individu-individu berkenaan adalah selaras peruntukan undang-undang setelah mereka selesai menjalani hukuman penjara…










