Pelajar perlu rebut peluang kuasai STEM

Pelajar perlu rebut peluang kuasai STEM

MOHAMAD Nizar Mohd. Najib (dua dari kiri) menyaksikan inovatif pelajar SMK Seri Jengka, Maran dalam menghasilkan produk berteraskan STEM baru- baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Agenda memperkukuh Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar negeri ini menjadi antara tumpuan utama Kerajaan Negeri Pahang bagi memastikan aspirasi Pahang 1st diterjemah melalui lahirnya generasi muda yang celik teknologi dan berkemahiran tinggi.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Mohamad Nizar Mohd. Najib berkata, penguasaan STEM bukan lagi pilihan sampingan, sebaliknya keperluan mendesak untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran abad ke-21 dan daya saing global.

Menurut beliau, tumpuan kepada STEM juga penting bagi memastikan Pahang mempunyai cukup tenaga pakar bagi mengisi peluang pekerjaan dalam sektor-sektor baharu yang berasaskan teknologi tinggi dan inovasi.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Pelajar selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Jengka, Maran sempena program Jelajah Aspirasi Pahang 1st, baru-baru ini.

“ Sokongan terhadap pembangunan STEM amat penting dalam melahirkan generasi pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.

“Kita mahu lebih ramai anak Pahang tampil sebagai jurutera, saintis, pakar teknologi dan inovator yang mampu menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara, “ujarnya. Katanya, antara aspek diberi perhatian adalah suasana pembelajaran dalam bilik darjah dan kemudahan makmal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN