BACHOK: Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Bachok, di sini sebak selepas usaha gigihnya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh hanya lima bulan dan sembilan hari, membuahkan rezeki besar apabila menerima tajaan menunaikan umrah pada minggu depan. Adib Sufyan Suhaimi, 13, bakal berlepas ke Tanah Suci dari 9 hingga 17 Disember ini menerusi tajaan Qashwa Travel Sdn. Bhd, sebagai penghargaan atas pencapaian tersebut. Selain itu, Yayasan…










