Pas tawar diri terajui Perikatan Nasional

Pas tawar diri terajui Perikatan Nasional

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menawarkan kesediaannya untuk menerajui Perikatan Nasional (PN) bagi tujuan memperkasakan organisasi dan persiapan bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya menyeru semua pihak agar bermuhasabah dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku, dan seterusnya mengambil segala langkah bagi memperkukuh lagi kepercayaan rakyat terhadap PN.

“Pas juga dengan ini menawarkan kesediaannya untuk menerajui PN bagi tujuan memperkasakan organisasi dan persiapan bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya umum (PRU) ke-16,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN bermula 1 Januari ini.

Muhyiddin dilaporkan berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan PN yang telah memberikan sepenuh sokongan kepada beliau selama memimpin gabungan itu sejak penubuhannya lima tahun lalu.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua barisan kepimpinan PN dan parti-parti anggotanya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN