Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta merta - Utusan Malaysia

Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta merta

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu terhenti keahlian berkuat kuasa serta merta.

Ketiga mereka adalah ADUN Chuping, Saad Seman, ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan berkenaan dibuat menerusi Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang pada hari ini.

“Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang pada hari ini telah membuat ketetapan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025), bahawa ahli-ahli Badan Perundangan Pas yang berikut adalah terhenti serta merta sebagai ahli,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan lapan ADUN PN Perlis termasuk tiga dari Pas didakwa telah bertemu Raja Perlis menyatakan telah hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.

Difahamkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga dikatakan telah mengemukakan tiga nama sebagai calon Menteri Besar manakala nama calon dari Pas, belum.

Tambah Abdul Hadi berkata, Pas juga akan memaklumkan ketetapan ini secara rasmi kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bagi tujuan memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 serta-merta.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN