PETALING JAYA: Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam adalah untuk mengukuhkan kedudukan DAP setelah diberi ancaman untuk keluar dari kerajaan. Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, rombakan kabinet menyaksikan pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri bertanggungjawab Wilayah Persekutuan selain pengekalan jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di tangan seorang lagi pemimpin DAP menimbulkan kebimbangan. “Pas beranggapan sekiranya jawatan kabinet digunakan sebagai ‘bunga emas’ politik…









