IRC : Orang Asli belajar bahasa Inggeris

Orang Asli belajar bahasa Inggeris

Sebahagian murid Orang Asli etnik Jahut Kelas Tahun Empat sedang membaca buku bahasa Inggeris dan aktiviti pembelajaran Interactive Reading Corner di Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol, Jerantut baru-baru ini. – utusan/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM usaha menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid Orang Asli etnik Jahut, pentadbir dan guru menyediakan ruang aktiviti pembacaan Interactive Reading Corner (IRC) atau Sudut Bacaan Interaktif di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kiol, Jerantut baru-baru ini.

Bercakap kepada Utusan Pelajar, Guru Penyelaras IRCr, Adani Maizan Mohamad berkata, program itu asalnya dirintis di bawah Highly Immersive Program dengan kerjasama FINCO-Reads untuk menggalakkan murid membaca buku bahasa Inggeris.

“Guru memfokuskan program ini kepada murid Tahun Empat untuk merasai pengalaman belajar di luar bilik darjah menerusi pembacaan buku bahasa Inggeris dan pelbagai aktiviti latihan bahasa tersebut.

“Namun, pada masa yang sama sudut IRC itu juga boleh dimanfaatkan untuk semua murid memanfaatkan masa rehat dan sebelah petang supaya dapat menajamkan pengetahuan bahasa Inggeris,” katanya di Sungai Kiol, Jerantut baru-baru ini.

Menurut Adani Maizan, kerjasama semua guru mewujudkan ruang yang cantik dan suasana yang selesa bagi menarik minat murid membaca buku bahasa Inggeris.

Seorang murid Orang Asli etnik Jahut, Zetty Suzieliyana a/p Sudin, 10, berkata, dia teruja dan seronok belajar di luar kelas ketika waktu pembelajaran bahasa Inggeris di IRC sekolah itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN