Kini, semakin ramai dalam kalangan masyarakat kita yang tidak mengambil peduli tentang bahaya obesiti, seolah-olah isu ini hanyalah perkara remeh dalam kehidupan seharian. Hakikatnya, obesiti bukan sekadar soal penampilan, tetapi ancaman senyap yang mampu menggugat kesihatan, kesejahteraan dan produktiviti masyarakat. Tanpa kesedaran dan tindakan awal, kadar obesiti yang kian meningkat boleh membawa kepada pelbagai komplikasi serius yang memberi kesan jangka panjang kepada negara. Perunding Endokrin, Diabetes dan Perubatan Dalaman KPJ Damansara…










