Murid sekolah tidak wajib pakai tali leher tahun depan

Murid sekolah tidak wajib pakai tali leher tahun depan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan murid tidak diwajibkan memakai tali leher ke sekolah bermula tahun depan.

Pemakluman itu terkandung dalam surat siaran bertarikh 17 Disember lalu yang dimuat naik di laman web KPM.

Berdasarkan surat ditandatangani Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad, keputusan dicapai hasil Mesyuarat Profesional KPM Khas 2025 yang berlangsung pada 8 Disember lalu.

Bagaimanapun, KPM menetapkan pemakaian tali leher masih dibenarkan berdasarkan keputusan permuafakatan pihak sekolah dengan ibu bapa.

Sehubungan itu, KPM menegaskan bahawa tiada pihak dibenarkan membuat sebarang paksaan atau tekanan terhadap murid berkaitan pemakaian tali leher ini.

“KPM sentiasa prihatin akan keperluan bagi ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing sebelum bermula sesi persekolahan baharu.

“Bagi memudahkan ibu bapa dalam memenuhi keperluan tersebut, dasar ini diputuskan hasil penelitian terhadap keperluan semasa murid berdasarkan faktor seperti yang berikut.

“Realiti iklim tempatan yang panas dan lembap menyebabkan pemakaian tali leher setiap hari kurang sesuai dan menjejaskan keselesaan murid dan keprihatinan KPM dalam usaha menangani beban kewangan isi rumah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN