PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan tuduhan bekas Pengerusi parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya beliau mencuri dan menyimpan wang parti di rumahnya. Muhyiddin berkata, tuduhan menerusi rakaman video tular itu adalah sangkaan yang tidak berasas. “Saya tidak pernah mencuri wang parti. Semua sumbangan kepada parti dimasukkan ke dalam akaun parti yang diurus secara telus oleh Bendahari Agung. “Dakwaan sedemikian dibuat berkemungkinan…










