Mesyuarat khas SPR bincang PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag 16 Disember

Mesyuarat khas SPR bincang PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag 16 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 16 Disember ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Sabah.

Setiausahanya, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pihaknya telah telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul semalam dan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya hari ini berhubung kekosongan luar jangka bagi kerusi itu.

Ia berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.

“Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah yang memperuntukkan bahawa kekosongan luar jangka kerusi Parlimen dan DUN itu hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan dipastikan SPR.

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada Selasa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Shahril berkata, Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun di mana tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon dan Hari Pengundian.

“(Ini termasuk) Daftar Pemilih yang akan digunakan dan persiapan-persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincangkan,” katanya.

Katanya, satu sidang akhbar akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut berakhir.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN