PETALING JAYA: Seramai 4,016 mangsa banjir daripada 1,211 keluarga ditempatkan di 42 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 2 petang ini di tujuh negeri. Berdasarkan portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), negeri yang masih merekodkan pembukaan PPS ialah Johor, Pahang, Sabah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Sarawak. Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 3,357 orang, diikuti Johor (224), Sabah (221) dan Terengganu (95). Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan beberapa…










