KUALA TERENGGANU: Cuaca tidak menentu dengan hujan kadangkala lebat memburukkan situasi banjir di Terengganu apabila jumlah mangsa meningkat kepada 470 orang daripada 141 keluarga di Hulu Terengganu dan Kemaman berbanding seramai 158 orang petang semalam. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, semua mangsa berlindung di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua daerah berkenaan. Katanya, seramai 266 mangsa daripada 86 keluarga dipindahkan ke empat PPS di Hulu…










