GOMBAK: Negara kini berada dalam tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir fasa kedua yang diramal berlaku di beberapa negeri Pantai Timur dalam masa terdekat. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun keadaan cuaca tidak dapat diramal dengan ketepatan sepenuhnya, langkah paling utama ketika ini ialah melaksanakan pemindahan awal, terutama melibatkan penduduk di kawasan berisiko tinggi. Menurutnya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedang memperkukuh sistem…










