Malam Kota Buku 2025 himpun 1,000 pemain industri

Malam Kota Buku 2025 himpun 1,000 pemain industri

Fadhlina Sidek (tengah) menyampaikan Anugerah Rekod Pengguna ke-4 Juta Book Capital kepada wakil penerima, sambil disaksikan oleh (dari kiri) Adibah Omar, Nik Norzrul Thani dan Aminuddin Hassim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Perbadanan Kota Buku (PKB) baru-baru ini menghimpunkan kira-kira 1,000 pemain industri perbukuan dari seluruh negara menerusi penganjuran Malam Kota Buku 2025 di ibu pejabat agensi berkenaan di Cyberjaya.

Program diadakan bertujuan menghargai dan memperkukuh ekosistem buku negara, memacu budaya membaca, dan menyokong agenda pembinaan bangsa berilmu selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Sebagai malam penghargaan industri yang bersifat inklusif dan berwibawa, Malam Kota Buku 2025 menampilkan Anugerah Kota Buku, pengumuman hala tuju strategik industri perbukuan melalui PKB, serta ucapan penting oleh Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek sekali gus menjadikannya acara yang signifikan merangkumi pendidikan, budaya membaca, dan ekonomi kreatif.

Dalam ucapan pembukaannya oleh Pengerusi PKB Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani berkata, Malam Kota Buku 2025 bukan sekadar acara penghargaan, sebaliknya menjadi wadah bagi memperbaharui komitmen bersama untuk membangunkan industri buku selari dengan aspirasi kerajaan dan gagasan Malaysia Madani.

Fadhlina pula menyifatkan penganjuran tersebut sebagai langkah konkrit membina Malaysia sebagai bangsa pembaca, selain menjadi pentas kebangsaan yang meraikan buku dan merangka hala tuju industri perbukuan negara.

Malam Kota Buku 2025 menyampaikan pengiktirafan merangkumi seluruh rantaian ekosistem perbukuan, termasuk pemain industri, sekolah, komuniti bacaan, dan rakan strategik, bagi menggalakkan kecemerlangan, inovasi, dan kerjasama rentas sektor.

Antara pengiktirafan utama ialah Anugerah Kota Buku kepada pemain industri cemerlang, pengiktirafan Mini Kota Buku yang memperluas akses bacaan di sekolah termasuk di Sabah dan Sarawak, serta Anugerah VIP Buyers 2025 yang mengiktiraf penggunaan efektif geran perkapita sekolah melalui platform Book Capital.

Johan Anugerah VIP Buyers 2025, Sekolah Kebangsaan Inarad, Sabah dipilih berdasarkan penglibatan aktif dan penggunaan strategik Geran perkapita bagi pembelian bahan bacaan, sekali gus mencerminkan keberkesanan pendekatan digital PKB dalam memperkasa sekolah luar bandar.

Malam Kota Buku 2025 turut mengetengahkan pencapaian PKB sebagai agensi bawah Kementerian Pendidikan yang membangunkan prasarana dan pelaksanaan program bacaan secara tersusun.

Pencapaian PKB turut diperkukuh melalui kejayaan platform Book Capital, yang telah menerima pengiktirafan ASEAN Records sebagai First Unified Digital Book City Platform selepas mencatat pertumbuhan terpantas dengan 1 juta pengguna dalam tempoh 10 bulan, sekali gus mengesahkan keupayaan PKB membangunkan prasarana bacaan digital bertaraf serantau. Anugerah tersebut disampaikan oleh wakil ASEAN Records kepada disampaikan kepada Fadhlina bagi pihak PKB.

Melalui penganjuran Malam Kota Buku 2025, PKB menyerlahkan komitmennya untuk terus memperkukuh industri perbukuan negara melalui pendekatan inklusif, digital, dan berteraskan dasar demi memastikan akses ilmu yang saksama dan lestari untuk semua lapisan masyarakat.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Adibah Omar dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr. Aminuddin Hassim. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN