M K Land menang anugerah emas, perak di MPRA

M K Land menang anugerah emas, perak di MPRA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: M K Land Holdings Berhad (M K Land) merangkul Anugerah Emas dan Anugerah Perak dalam dua kategori pada Malaysia Public Relations Awards (MPRA) Jumaat lalu, menjadikan pencapaian ini antara kejayaan terbesar kumpulan dalam  kecemerlangan komunikasi. 

Menurut kenyataannya, kumpulan itu menerima  pengiktirafan Emas bagi kategori Anugerah Pembangunan Jenama Produk (B2C) dan Perak bagi Anugerah Penggunaan Media Sosial Terbaik.

Kedua-dua penyertaan memberi tumpuan kepada Senja by Ombak Villa  Langkawi, pembangunan terbaharu M K Land dan ruang acara pertama di  Malaysia yang menghadap laut serta menerima pensijilan GreenRE,  menjadikannya ruang acara yang mampan dan mesra alam. 

Ketua Pegawai Operasi M K Land, Nazri Tumin berkata, memenangi Anugerah Emas dan Perak di MPRA tahun ini merupakan  pencapaian yang luar biasa, menggambarkan sejauh mana syarikat berjaya  membentuk semula naratif dan kehadiran M K Land dalam pasaran. 

Katanya, Kumpulan Komunikasi Strategik telah membuktikan bahawa komunikasi yang strategik, konsisten dan kreatif mampu menjana persepsi yang positif, mengukuhkan  kepercayaan terhadap jenama serta meningkatkan kesedaran terhadap produk  dan perkhidmatan syarikat.

“Pengiktirafan ini mengukuhkan keyakinan kami bahawa dengan bakat yang  sesuai, platform dan idea yang tepat, syarikat dapat menghasilkan impak yang lebih  bermakna. 

“Saya amat berbangga dengan sinergi yang pasukan ini telah bina  merentas semua saluran komunikasi,” katanya.

Bersaing bersama agensi Perhubungan Awam (PR) terkemuka dan pengamal  komunikasi korporat dari seluruh negara, M K Land diiktiraf atas penggunaan  strategi komunikasi yang inovatif dan berkesan dalam memperkukuh jenama serta  meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan. 

Kempen tersebut  memperlihatkan bagaimana Kumpulan Komunikasi Strategik memanfaatkan  pelbagai instrumen PR dan saluran komunikasi, digital, media sosial dan aktiviti  lapangan bagi mempromosikan projek ini dengan lebih efektif kepada pasaran sasaran.

Tambahnya, kejayaan berganda tahun ini mencerminkan transformasi strategik yang diterajui  oleh Kumpulan Komunikasi Strategik, yang merangkumi Kumpulan Komunikasi  Korporat yang diketuai oleh Khaidir Kamaruzzaman dan Kumpulan Komunikasi  Pemasaran yang diketuai oleh Hazirah Izham.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN