Lelaki warga emas hilang sejak sebulan lalu - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas hilang sejak sebulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang di kawasan Cheras, Kuala Lumpur sejak hampir sebulan lalu.

Mangsa Chong Ah Hing, 69, kali terakhir dilihat di kawasan pasar raya NSK Jalan Peel, ibu negara sebelum dilaporkan hilang.

Warga emas berkenaan menghidap penyakit dimensia dan mungkin mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi.

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan menerusi kenyataan berkata, mangsa dikatakan tidak membawa kad pengenalan dan telefon bimbit ketika dilaporkan hilang.

Menurutnya, mangsa dilaporkan memakai seluar hitam pendek, berbaju kemeja berkolar putih dan berselipar.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi di talian 012-9035460 atau 019-9432920. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN