KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan ditemukan maut selepas dipercayai terjun dari bangunan tingkat 11 di salah sebuah hotel di Tanjung Aru, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima laporan awal berhubung kejadian berkenaan pukul 3.07 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian. “Hasil siasatan awal mendapati, seorang juruteknik yang sedang bertugas di bangunan berkenaan menyedari satu objek disyaki manusia terjatuh dari…










