Lelaki cedera parah ditembak ketika mencari petai

Lelaki cedera parah ditembak ketika mencari petai

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang lelaki cedera parah selepas ditembak individu tidak dikenali ketika mencari petai di kawasan hutan dekat Kampung Maasop, Senaling di sini, hari ini.

Mangsa yang berusia 47 tahun itu difahamkan berada seorang diri di lokasi kejadian iaitu kira-kira 400 meter dari jalan besar sebelum ditembak sekitar pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, mangsa sempat menghubungi ahli keluarga untuk meminta bantuan selepas kejadian.

“Pengadu yang juga adik ipar mangsa menerima panggilan telefon lalu bergegas ke lokasi sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan.

“Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih ditempatkan di zon kecemasan untuk pemantauan lanjut. Mangsa terkena tembakan jenis peluru penabur di bahagian rusuk kanan dan belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Mustafah berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti suspek serta motif kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×