JOHOR BAHRU: Gelombang bantahan rakyat Johor terhadap aktivis, Fahmi Reza terus meningkat apabila lebih 50 laporan polis dibuat di seluruh negeri berhubung isu penghinaan terhadap institusi diraja Johor. Laporan polis tersebut dibuat secara serentak dan berperingkat di pelbagai daerah sebagai tanda penolakan keras terhadap sebarang cubaan mencemar maruah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail serta institusi diraja negeri ini. Antara yang tampil membuat laporan polis ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)…










