KANGAR: Lebih 300 tan metrik sampah yang kebanyakannya adalah barangan rosak akibat banjir dikutip di Perlis. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Asrul Aimran Abd. Jalil berkata, paling banyak mengalami kerosakan ialah perabot, almari, tilam, kabinet dapur, barangan elektrik, kayu, permaidani, pakaian dan tekstil. Katanya, semua barangan tersebut menyumbang kepada jumlah sisa pepejal yang agak tinggi dalam kutipan pasca banjir. Ujarnya, sepanjang tempoh pasca banjir, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal…










