KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM20,123,100 sebagai bantuan sesi persekolahan tahun hadapan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, seramai 36,330 penerima terdiri daripada anak-anak asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bakal menikmati bantuan pakaian serta peralatan sekolah. “Sebanyak RM26,725,100 dana zakat telah diagihkan di bawah bantuan ini yang melibatkan 37,894 pelajar bagi tahun…









