KUALA LUMPUR: Sejumlah 37 misi perdagangan dan pelaburan (TIM), termasuk lawatan rasmi ke luar negara yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menjana potensi pelaburan berjumlah RM493.64 bilion melibatkan 181 projek sejak 2023 hingga 2025. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, daripada jumlah tersebut, 52 projek bernilai RM123.8 bilion telah menerima kelulusan manakala 38 projek lain bernilai RM48.9 bilion disasarkan untuk diselesaikan pada tahun…










