PETALING JAYA: Pelantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Akmal Nasrullah Mohd. Nasir sebagai Menteri Ekonomi langkah penting untuk mengurangkan ketidakpastian dalam kerajaan. Penganalisis ekonomi iCATS University College, Kuching, Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, pelantikan kedua-dua mereka memberikan keyakinan kepada pelabur korporat dan asing kerana ia menamatkan tempoh “perebutan portfolio”. Menurutnya, pemerhati industri tempatan memberikan respon positif terhadap kehadiran Johari dalam…










