LANGKAWI: Sektor pelancongan Langkawi menerima impak positif apabila sebahagian hotel telah mencapai 90 peratus tempahan bilik sempena cuti persekolahan yang akan bermula minggu hadapan. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin berkata, Disember merupakan bulan kemuncak bagi industri pelancongan di sini. “Memandangkan Disember merupakan salah satu musim kemuncak Langkawi, unjuran ketibaan pelawat bagi bulan ini adalah sekitar 400,000 orang. “Kami mengalu-alukan…










