PETALING JAYA: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun istimewa 30 peratus sempena pembukaan perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke JB Sentral bermula Jumaat ini. KTMB berkata, tawaran diskaun itu membabitkan perjalanan bermula Jumaat ini hingga 11 Januari depan bagi sektor KL Sentral–JB Sentral–KL Sentral. Ketua Pegawai Teknikal KTMB, Ir Ahmad Nizam Mohamed Amin berkata, penumpang boleh menikmati tawaran itu dengan menggunakan kod promosi JBBEST ketika pembelian tiket. Beliau berkata, sebanyak…










