PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menyokong pelaksanaan Peruntukan Deeming di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk mengawal platform media sosial di negara ini. KPM berkata, pihaknya menyambut baik langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu. Menurutnya, langkah tersebut akan memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar yang menawarkan perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial di Malaysia beroperasi dalam kerangka perundangan serta kawal selia negara yang teratur, konsisten dan…









