KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa digesa menjalankan siasatan terhadap skim pelaburan tidak wujud melibatkan sebuah koperasi berdaftar yang didakwa 66 individu dengan kerugian RM4.92 juta. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, koperasi itu menawarkan dan menjanjikan pelbagai jenis pelaburan dengan pulangan yang tinggi dan sangat menarik. “Bagaimanapun, janji itu tidak ditepati, malah modal pelaburan yang diberikan kepada koperasi juga ‘hangus’ dan kini mangsa terpaksa menanggung…










