SEMENYIH : Parti komponen yang meninggalkan Barisan Nasional (BN) tidak akan diterima kembali dalam gabungan itu. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hal ini kerana sejarah persahabatan dan kesetiaan lebih tujuh dekad dalam BN tidak dihargai dan diketepikan ekoran wujud rasa tidak puas hati disebabkan kuasa. Malah katanya, parti komponen perlu bersabar dan bersama-sama untuk terus mengharungi ujian dan cabaran dalam politik. “Jangan buat keputusan hanya kerana…










