Ketua DAP Sabah nafi hantar surat cadangan pada Hajiji - Utusan Malaysia

Ketua DAP Sabah nafi hantar surat cadangan pada Hajiji

PHOONG Jin Zhe
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua DAP Sabah, Phoong Jin Zhe hari ini menafikan dakwaan beliau ada menghantar surat mencadangkan pelantikan pemimpin parti itu dalam kerajaan negeri kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sebagaimana yang tular di media sosial.

Malah Jin Zhe menyifatkan surat itu sebagai tidak sah disebabkan beliau tidak pernah menghantar surat kepada Hajiji selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

“Draf surat bertarikh 5 Disember yang kelihatan seperti dirakam daripada skrin komputer itu tidak mengandungi tandatangani mahupun cop rasmi saya,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Jin Zhe berkata, DAP tidak menyertai kerajaan Sabah selaras dengan kata sepakat dicapai dalam mesyuarat kepimpinan negeri pada 7 Disember lepas.

“DAP Sabah akan terus kembali kepada rakyat, berkhidmat untuk mereka, selangkah demi selangkah demi mengembalikan semula kepercayaan rakyat,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial surat didakwa dikirim pejabat Jin Zhe kepada Hajiji, dengan disertakan cadangan pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi ataupun ahli lembaga pengarah untuk syarikat milik kerajaan (GLC) negeri Sabah.

Sebagai rekod, DAP kalah semua lapan kerusi yang ditandingi pada PRN Sabah iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang, Kapayan, Tanjung Papat, Tanjung Aru, Kemabong, Elopura, Sri Tanjong dan Likas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN