KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Kerajaan Malaysia untuk membayar ganti rugi berjumlah RM274,374 kepada peguam Siti Kasim dan anak guamnya kerana penahanan salah, tujuh tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohammed Apandi memutuskan demikian selepas membenarkan sebahagian tuntutan saman oleh Siti Kasim atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim dan anak guamnya, Anis Nur Izzaty Ruslan. Siti dan Anis memfailkan saman tersebut pada 29 Januari 2021,dengan menamakan 30…








