PETALING JAYA: Siasatan polis membabitkan kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Syamsul Haris Shamsudin diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, pihaknya telah mentaklimatkan hasil siasatan berhubung kes kematian berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini. “Susulan itu, AGC mengarahkan agar kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. “Polis akan…










