KUALA TERENGGANU: Kemaman menjadi daerah kedua di negeri ini dilanda banjir dengan mangsa keseluruhan meningkat kepada 299 orang pagi ini berbanding 91 orang malam tadi. Mereka yang terdiri daripada 78 keluarga kini berada di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Hulu Terengganu dan Kemaman. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, Hulu Terengganu mempunyai 191 mangsa daripada 58 keluarga. Katanya, mereka berlindung di empat PPS iaitu Balai Raya Kampung…










