Kekangan dana punca penyelidikan nadir bumi perlahan

Kekangan dana punca penyelidikan nadir bumi perlahan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Malaysia berpotensi muncul sebagai antara pemain penting dalam pembangunan teknologi mineral nadir bumi (REE), namun usaha penyelidikan dalam bidang strategik ini masih perlahan kerana kekangan dana dan skala kajian yang terhad.

Pengarah (Bahagian Pengurusan Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Madya Dr. Abdul Hafidz Yusoff berkata, susulan itu kerajaan disaran memperuntukan dana yang berpatutan terutama untuk kajian bagi peningkatan skala.

Katanya, Universiti Sains Malaysia (UMK) turut menjalankan kajian melalui Program Kejuruteraan Sumber Mineral selain UMK.

“Kajian banyak dijalankan namun dalam skala yang kecil kerana kekangan peruntukan dan bajet dari kerajaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Abdul Hafidz berkata, kerjasama dengan teknologi luar turut membantu mempercepatkan perkembangan teknologi ini. 

Katanya, sebagai contoh, UMK bekerjasama dengan Korea Institute of Rare Metal bagi pembangunan teknologi hiliran REE.

“Malaysia mempunyai ba­kat dan tenaga pakar sendiri namun perlu diberi peluang untuk dikembangkan. 

“Ini sangat bertepatan dengan semangat ‘kedaulatan teknologi’, dimana kita membangunkan teknologi sendiri tanpa bergantung pada kepakaran luar,” ujarnya.

Pada 20 November lalu, Utusan Malaysia melaporkan, Malaysia tidak mempunyai kepakaran dan teknologi tempatan pada skala komersial bagi menjalankan aktiviti perlombongan REE.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menjalankan tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, perkara itu menjadi cabaran utama negara untuk melaksanakan pembangunan industri REE, walaupun mempunyai sumber berkualiti dan signifikan.

Katanya, keadaan itu menye­babkan Malaysia perlu bergantung kepada teknologi luar, khususnya China dan Australia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN