PETALING JAYA: Kabinet baharu Kerajaan Madani merupakan penerus kehendak rakyat yang diberi mandat untuk memikul amanah besar dalam mentadbir negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehendak rakyat tidak boleh sekadar dizahirkan melalui ucapan atau kenyataan, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada tindakan segera. Menurut Anwar, Kabinet dituntut membuat keputusan berani dan pantas bagi menangani isu-isu rakyat, selari dengan harapan tinggi yang diletakkan terhadap pentadbiran kerajaan. “Setiap anggota Kabinet perlu memahami…









