Kad personel binaan ditambah baik kukuh keselamatan di tapak bina

Kad personel binaan ditambah baik kukuh keselamatan di tapak bina

ALEXANDER Nanta Linggi (tengah) ketika sesi sidang media pada Majlis Pelancaran Kad Pendaftaran Personel Binaan Baharu CIDB di Hilton Kuala Lumpur di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penambahbaikan kad personel binaan menjadi platform digital bersepadu dapat meningkatkan keselamatan dan pengesahan kehadiran pekerja di tapak pembinaan selain mengesan produktiviti pekerja.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan menyeluruh sistem itu merangkumi pengurusan kehadiran, pembayaran gaji dan pengurusan tenaga kerja dalam satu ekosistem digital.

Katanya, melalui kad pendaftaran yang dilancarkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) itu, identiti pekerja dapat disahkan dan maklumat direkodkan secara selamat dalam sistem CIDB dengan akses kewangan dihubungkan kepada e-dompet (e-wallet).

“Pekerja akan menikmati satu set perkhidmatan digital yang lengkap termasuk e-wallet, pemindahan wang domestik dan antarabangsa, pembayaran bil, tambah nilai mudah alih serta sistem kehadiran tapak, semuanya dalam satu platform bersepadu.

“Rekod kehadiran dan keselamatan pekerja juga disahkan secara digital sekali gus mengurangkan isu pekerja tidak berdokumen, meningkatkan penguatkuasaan dan memperkukuh tadbir urus tapak bina.

“Secara ringkasnya, sistem kehadiran digital ini membolehkan kita mengetahui siapa yang berada di tapak, di mana mereka berada serta masa mereka masuk dan keluar.

“Satu manfaat jangka panjang inisiatif ini adalah pembinaan asas kepada Sistem Produktiviti Pembinaan (CPS). Sistem ini akan membolehkan pemantauan jam bekerja, pergerakan tenaga kerja, trend produktiviti, pematuhan Kad Hijau serta prestasi projek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Kad Pendaftaran Personel Binaan Baharu CIDB, di sini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN