KUALA LUMPUR: Penambahbaikan kad personel binaan menjadi platform digital bersepadu dapat meningkatkan keselamatan dan pengesahan kehadiran pekerja di tapak pembinaan selain mengesan produktiviti pekerja. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan menyeluruh sistem itu merangkumi pengurusan kehadiran, pembayaran gaji dan pengurusan tenaga kerja dalam satu ekosistem digital. Katanya, melalui kad pendaftaran yang dilancarkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) itu, identiti pekerja dapat disahkan dan maklumat direkodkan…










