PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan Kabinet baharu memastikan kerajaan terus berfungsi dengan berkesan dalam menangani cabaran semasa, termasuk isu yang memberi impak langsung kepada rakyat. Beliau berkata, rombakan berkenaan diharap dapat memperkukuh pelaksanaan agenda reformasi Kerajaan Madani secara fokus, tersusun dan berterusan. “Saya menzahirkan harapan agar kesemua yang diberikan amanah ini bekerja dengan penuh iltizam dan tanggungjawab, demi kesejahteraan rakyat serta kepentingan negara,” katanya menerusi…










